mcmc
Laporan Aktiviti

Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Kenali Jenis Scam

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Kenali Jenis Scam pada 25 Julai 2024, Khamis bermula pada jam 02.30 petang sehingga 03.30 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Kenali Jenis Scam ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pelbagai jenis scam dan cara untuk mengelak daripada menjadi mangsa scam.  Selain itu, pelajar yang terlibat juga telah didedahkan berkaitan dengan ancaman siber.  Pelajar akan lebih berhati-hati dan mempunyai pengetahuan yang lebih baik dalam mengenali dan menghindari penipuan dalam talian, sekaligus melindungi diri mereka dan maklumat peribadi daripada ancam siber.