mcmc
Laporan Aktiviti

Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Maklumat Palsu

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Maklumat Palsu pada 08 September 2024, Ahad bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

TUJUAN

Antara tujuan utama Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Maklumat Palsu ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dengan pendedahan berkaitan dengan apa itu maklumat palsu dan bagaimana ia boleh tersebar dalam talian serta untuk memupuk kemahiran kritikal dengan mengenalpasti dan menilai kesahihan maklumat yang diperoleh dari sumber digital.