AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah megadakan Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Penipuan Dalam Talian pada 22 September 2024, Ahad bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Penipuan Dalam Talian ialah untuk memberikan pendedahan kepada komuniti tentang bahaya dan ancaman scam dalam talian serta untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna internet mengenai kes penipuan dalam talian yang semakin meningkat. Akhir sekali, kuiz ini dapat membantu komuniti mengenali ciri-ciri scammer dan modus operandi mereka.