AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Penipuan Kewangan pada 18 Ogos 2024, Ahad bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Penipuan Kewangan ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai risiko penipuan kewangan yang sering berlaku di internet, termasuk jenis-jenis penipuan “Love Scam” dan penipuan melalui panggilan telefon. Selain itu, melalui kuiz ini juga dapat memberi pendidikan kepada pengguna tentang cara mengenali dan mengendali penipuan kewangan. Ini termasuk memahami taktik yang digunakan oleh penipu dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri daripada terjebak di dalam penipuan kewangan serta untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk pengguna melayari internet dan mengkases maklumat dengan tujuan mengurangi kesan negatif dari penipuan kewangan.