AKTIVITI
NADI Kg Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kursus Reka Bentuk Media Digital Bersama Sahabat AIM Siri II pada 16 November 2024, Sabtu bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 05.00 petang. Antara aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut ialah memperkenalkan aplikasi Tiktok dan Canva serta mempelajari asas mengambil gambar dan video untuk perniagaan yang mereka jalankan.
TUJUAN
Kursus Reka Bentuk Media Digital ini diadakan bagi tujuan untuk memberikan peserta pengetahuan dan kemahiran asas dalam mencipta kandungan digital yang menarik dan efektif untuk media sosial. Melalui kursus ini, peserta akan diperkenalkan dengan platform popular seperti tiktok, teknik menghasilkan thumbnail yang menarik, cara mencipta logo menggunakan canva, asas mengambil dan mengedit video menggunakan aplikasi capcut. Disamping itu, peserta akan mempelajari teknik menggunakan video dan gambar untuk meningkatkan daya tarik dan capaian kandungan digital mereka di pasaran dalam talian.