AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Latihan Membuat Jadual pada 5 September 2023. Peserta yang terlibat ialah dari golongan kanak-kanak dan dewasa. Antara aktiviti pada 5 September tersebut ialah petugas menerangkan berkaitan dengan jadual di dalam Microsoft Word. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan kaedah untuk membuat jadual serta menyesuaikan jadual di dalam Microsoft Word. Peserta juga telah diberi latihan untuk membuat jadual untuk menguji tahap kefahaman mereka.
TUJUAN
Antara objektif untuk kelas Latihan Membuat Jadual ialah peserta dapat belajar untuk membuat jadual serta menigkatkan lagi asas penggunaan Microsoft Word dengan membuat jadual dengan mudah.