AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Ulangkaji Mentor Tiny Techies – Wakil SMK dan Kelas Asas ICT: Reka Bentuk Slaid Perbentangan Menggunakan Canva serta aktiviti Team Talk: Perbentangan Mudah pada 11 Julai 2025,Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 05.00 petang.
TUJUAN
Kelas Ulangkaji Mentor Tiny Techies
Objektif kelas ulangkaji Mentor Tiny Techies adalah untuk memperkukuh kemahiran teknologi pelajar , meningkatkan keyakinan dalam penggunaan alat digital , dan memupuk semangat kerjasama sebagai wakil NADI kategori sekolah menengah. Kelas ini juga bertujuan memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran teknologi masa kini.
Kelas Asas ICT: Reka Bentuk Slaid Perbentangan Menggunakan Canva
Kelas ini mengajar pelajar cara menggunakan Canva untuk mereka bentuk slaid perbentangan yang menarik dan profesional. Pelajar akan belajar asas penggunaan alat Canva, memilih template, menambah teks, gambar, dan elemen grafik. Kelas ini membantu meningkatkan kemahiran ICT dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan bahan pembentangan yang berkualiti dan mudah difahami.
Team Talk: Perbentangan Mudah
Kelas Team Talk memberi fokus kepada kemahiran perbentangan secara berkumpulan. Pelajar diajar cara berkomunikasi dengan jelas, bekerjasama dalam pasukan, dan menyampaikan idea dengan yakin. Kelas ini bertujuan memupuk keyakinan diri dan kemahiran berpasukan dalam menghadapi pembentangan di sekolah.
