Program NADI DILEA: Open Tuition Bahasa Melayu Tingkatan 1 & 2 bertujuan untuk memberi bimbingan tambahan kepada pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam aspek tatabahasa, penulisan dan pemahaman karangan. Program ini juga memberi kebaikan kepada pelajar dengan membantu mereka memperkukuh asas Bahasa Melayu melalui tunjuk ajar guru berpengalaman serta menyediakan suasana pembelajaran yang santai dan interaktif di luar waktu persekolahan.
