Semalam, NADI telah berjaya melaksanakan kelas Asas Pengurusan Pertandingan E-Sukan, Asas Penciptaan Kandungan dalam E-Sukan serta Kesedaran E-Sukan: Fakta & Mitos Masa Depan E-Sukan bersama para peserta.
Kelas ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami asas pengurusan kejohanan dengan lebih teratur, belajar cara menghasilkan kandungan kreatif bagi promosi dan dokumentasi, serta meningkatkan kesedaran mengenai fakta sebenar industri e-sukan dan potensinya pada masa depan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi langkah awal untuk mencipta lebih banyak peluang dalam dunia e-sukan. ![]()
![]()
