Kelas NADI E-Sukan: Kesedaran Anti Doping dan Bahan Terlarang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang bahaya penggunaan bahan terlarang dalam e-sukan serta mendidik mereka mengenai kepentingan bermain secara sihat, adil dan beretika. Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif doping terhadap prestasi dan reputasi diri, di samping menggalakkan budaya e-sukan yang bersih dan profesional dalam kalangan komuniti pemain.
