AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan NADI E-Sukan: Kelas Kesedaran pada 13 Julai 2025, Ahad bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
TUJUAN
Kelas Kesedaran Berkaitan NSDEG (National eSports Development Guidelines) dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai etika, keselamatan digital dan garis panduan dalam dunia e-sukan. Program ini memfokuskan kepada pembentukan sikap bertanggungjawab ketika terlibat dalam e-sukan serta pemahaman tentang peranan NSDEG dalam membentuk komuniti pemain yang lebih berdisiplin.
Antara kebaikan utama program ini ialah membantu peserta mengenal pasti risiko yang mungkin timbul dalam e-sukan dan cara menghadapinya, selain membuka minda mereka terhadap peluang kerjaya yang wujud dalam industri ini sekiranya diceburi secara beretika dan profesional.
Program ini turut menggalakkan penglibatan belia dalam e-sukan secara sihat, selamat dan berdaya saing.
