AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan NADI Kesedaran: Apa Itu Keldai Dadah dan NADI STEM: Paracute Mini pada 18 Oktober 2024, Jumaat bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama NADI Kesedaran ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran berkaitan dengan keldai dadah. Mendidik komuniti tentang bahaya dan implikasi sosial berkaitan dengan keldai dadah serta menggalakkan komuniti untuk berfikir kritis tentang isu-isu berkaitan dengan penyeludupan dadah dan kesan negatif dadah terhadap individu dan masyarakat. Dalam aktiviti NADI STEM: Paracute Mini komuniti akan merancang dan membina payung terjun mini menggunakan bahan yang sederhana seperti beg plastik. Mereka akan menjalankan eksperimen dengan menjatuhkan payung terjun dari ketinggian yang tertentu untuk menguji reka bentuk yang dibuat. Analisis hasil eksperimen akan dibuat berdasarkan faktor seperti saiz dan bentuk payung terjun yang akan membantu mereka memahami kelajuan jatuh payung terjun tersebut.