
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan NADI Kesedaran: Pembulian Dalam Talian pada 07 Disember 2024, Sabtu bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Tujuan NADI Kesedaran: Pembulian Dalam Talian diadakan ialah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah menengah berkaitan dengan peningkatan isu buli siber. Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar tentang kesan negatif buli dalam talian, membina empati dan menyediakan strategi untuk menangani isu buli serta menggalakkan persekitaran yang lebih selamat dalam dunia maya.