AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Permainan Pendidikan Bahasa Inggeris pada 4hb Ogos 2023. Seramai 10 orang peserta telah menyertai aktiviti tersebut yang terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak. Sebelum memulakan aktiviti Permainan Petugas telah memberi sedikit pengenalan berkaitan dengan kelas pada hari tersebut. Peserta telah didedahkan berkaitan dengan Idiom, maksud Idiom berserta dengan contoh-contoh Idiom yang sering digunakan. Peserta juga telah diberikan aktiviti yang menguji minda seperti cari kata, teka teki, teka gambar dan permainan meneka pergerakan.
TUJUAN
Objektif utama Permainan Pendidikan Bahasa Inggeris ini ialah untuk mendedahkan kepada peserta akan pengenalan terhadap penggunaan Idiom di dalam penulisan esai. Terdapat pelbagai ideologi yang dinyatakan berkaitan dengan Idiom mengikut Kamus keluaran Oxford Learner Dictionary, Collin Dictionary,Cambridge Dictionary, Merriam-Webster Dictionary. Penggunaan Idiom di dalam penulisan Akademik dan penulisan Profesional adalah tidak sesuai kerana Idiom digunakan bertujuan sebagai bahasa kiasan. Penggunaan ayat dalam penulisan Idiom adalah berdasarkan imaginasi penulis dengan cara yang luar biasa.