AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan aktiviti Permainan Pendidikan: Edisi Raya pada 20 April 2024, Sabtu bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah Wordwall: Juadah Raya, sesi Question and Awnser: Kuiz Raya, sesi aktiviti Sambung Lagu Raya dan sesi aktiviti Rasa, Teka Kuih Raya.
TUJUAN
Antara objektif utama Permainan Pendidikan: Edisi Raya diadakan ialah untuk mengeratkan silaturahim antara petugas dan komuniti selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.