mcmc
Laporan Aktiviti

Permainan Pendidikan: Teka-Teki

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Permainan Pendidikan: Teka-Teki pada 22 Mac, Jumaat bermula pada jam 02.45 petang sehingga 04.00 petang.

TUJUAN

Antara objektif utama Permainan Pendidikan ini diadakan ialah untuk meningkatkan daya pemikiran kritis di kalangan komuniti yang terlibat.  Selain itu, komuniti yang terlibat dapat menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah sekaligus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.