mcmc
Laporan Aktiviti

Pertandingan E-Sukan MLBB Peringkat NADI dan Advokasi Klik dengan Bijak “Impak Permainan Online”

WhatsApp-Image-2024-08-04-at-18.25.40

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Pertandingan E-Sukan MLBB Peringkat NADI dan Advokasi Klik dengan Bijak “Impak Permainan Online” pada 04 Ogos 2024, Sabtu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 05.00 petang. 

TUJUAN

Antara objektif utama aktiviti Pertandingan E-Sukan MLBB Peringkat NADI dan Advokasi Klik dengan Bijak “Impak Permainan Online” diadakan ialah untuk mendorong penglibatan yang positif dengan menggalakan penggunaan permainan dalam talian sebagai alat untuk pembelajaran dan pengembangan kemahiran, sambil memastikan pengalaman tersebut positif dan bermanfaat.  Selain itu, aktiviti tersebut diadakan ialah untuk memperkenalkan MLBB sebagai salah satu permainan MOBA mudah alih popular di dunia dan meningkatkan kesedaran tentang permainan ini di kalangan komuniti e-sukan global.