mcmc
Laporan Aktiviti

PODCAST & SARINGAN KESIHATAN

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Podcast & Saringan Kesihatan pada 02 Mei 2025, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.

TUJUAN

Objektif podcast “Kasut Tumit Tinggi: Bergaya Sekejap, Sakit Badan Seumur Hidup” adalah untuk membongkar risiko kesihatan akibat pemakaian kasut tumit tinggi. Podcast ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang sakit belakang, kecederaan lutut, dan saraf terhimpit. Pemeriksaan saringan kesihatan seperti BMI, tekanan darah, dan tahap gula dalam badan juga dijalankan kepada komuniti yang hadir.