AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Program Cuti Sekolah Bersama NADI – Cerdas Digital, Cergas Fizikal pada 17 September 2024, Selasa bermula pada jam 09.00 pagi sehingga 05.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama Program Cuti Sekolah Bersama NADI – Cerdas Digital, Cergas Fizikal diadakan ialah untuk membekalkan peserta dengan kemahiran digital asas, memupuk kesedaran terhadap penggunaan internet secara beretika serta menggalakkan minat dalam bidang STEM melalui aktiviti praktikal. Disamping itu, program ini turut mengasah kemahiran sosial dan kerjasama melalui aktiviti berkumpulan sambil memastikan keseimbangan fizikal dan mental melalui sukaneka yang menyeronokkan. Kebaikan program ini termasuklah peningkatan literasi teknologi dan pengetahuan STEM, pemahaman mendalam tentang keselamatan digital serta pembangunan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Selain itu, peserta juga akan lebih sihat dan berdaya tahan dengan aktiviti fizikal yang memupuk disiplin, kerja berpasukan, dan komunikasi yang berkesan.