PROGRAM DEBAT ALA PARLIMEN

Tarikh: 24 Jun 2026
Masa: 02.30-03.30 Petang
Tempat: NADI Kampung Tellian Ulu
Selesai sudah hari kedua Program Debat Ala Parlimen anjuran NADI Kampung Tellian Ulu dan NADI Kampung Sungai Ragei dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Mukah. Program yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan di NADI Kampung Sungai Ragei pada 23 Jun 2026 dan di NADI Kampung Tellian Ulu pada 24 Jun 2026.
Program debat ini telah menyaksikan dua kumpulan yang mewakili NADI Kampung Sungai Ragei dan NADI Kampung Tellian Ulu membincangkan tajuk “Mekanisme Pelaksanaan BUDI MADANI, SARA dan STR: Pemudah Cara atau Kekangan Sosioekonomi Komuniti Luar Bandar?”.
Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman komuniti terhadap isu-isu semasa dan inisiatif dasar kerajaan, khususnya yang berkaitan dengan kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, program ini turut menggalakkan penglibatan aktif komuniti melalui pendekatan yang interaktif dan inklusif, di samping mengumpul cadangan serta mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh komuniti kampung secara langsung.