mcmc
Laporan Aktiviti

Program Jiwa Komuniti Madani @ Merdeka Kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Mukah dan Komuniti Madani Kampung Tellian Ulu

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Mukah (JAPEN) telah mengadakan Program Jiwa Komuniti Madani @ Merdeka Kampung Tellian Ulu anjuran JAPEN Daerah Mukah pada 11 September 2024, Rabu bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 01.00 petang.  Antara pengisian pada hari tersebut ialah Sesi Kenali NADI dan Advokasi Klik dengan Bijak: Berita Palsu oleh petugas NADI seterusnya Ceramah Pengguna Aplikasi Canva oleh Pengurus Pusat Komuniti Desa serta Ceramah Kenegaraan oleh PPD Mukah. Aktiviti membuat Logo Hari Kebangsaan menggunakan Aplikasi Canva telah berlangsung pada jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Sesi Penyerahan Jalur Gemilang serta Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Terbaik membuat logo Hari Kebangsaan telah diadakan pada jam 01.00 petang.

TUJUAN

Antara objektif utama pelaksanaan Program Jiwa Komuniti Madani @ Merdeka Kampung Tellian Ulu ialah untuk memberi pemahaman kepada peserta tentang isu berita palsu dan cara untuk mengenalpasti maklumat yang sah melalui sesi “Advokasi Klik Dengan Bijak : Berita Palsu”. Selain itu, program ini jugak menggalakkan penyertaan aktif komuniti setempat dalam aktiviti NADI termasuk sesi interaktif seperti “Sesi Kenali NADI”. Komuniti juga didedahkan dengan cara penggunaan aplikasi Canva untuk mencipta logo Hari Kebangsaan yang juga dapat membantu dalam penguasaan kemahiran digital. Program ini juga dapat meningkatkan rasa cinta kepada negara melalui Ceramah Kenegaraan dan aktiviti berkaitan dengan Hari Kebangsaan serta memberikan pengiktirafan kepada pemenang dalam aktiviti membuat logo, yang dapat memberi motivasi kepada komuniti setempat untuk terlibat dalam aktiviti kreatif dan kebudayaan. Akhir sekali, program ini juga dapat memperkuat kerjasama antara Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Mukah (JAPEN) dan masyarakat setempat dalam pelaksanaan program-program komuniti.