AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Program Mentor Tiny Techies – Sekolah Rendah pada 20 April 2025, Ahad bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
TUJUAN
Program Mentor Tiny Techies Sekolah Rendah – Robot Sumo bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dalam STEM serta membangunkan kemahiran berfikir kreatif dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti robotik. Program ini turut memberi kebaikan seperti menggalakkan kerja berpasukan dan komunikasi, serta meningkatkan keyakinan diri pelajar apabila mereka berjaya mencipta dan mengendalikan robot dalam pertandingan.