
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Program Webinar NADI Tiny Techies pada 30 Disember 2024, Isnin bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Program Webinar NADI Tiny Techies bertujuan untuk memperkenalkan pelajar sekolah kepada teknologi micro:bit dan robotik. Melalui sesi ini, pelajar akan belajar asas pengaturcaraan, reka bentuk projek, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Program ini juga mendorong minat dalam bidang STEM dan memberikan pengalaman praktikal yang penting untuk perkembangan mereka di era digital. Dengan pendekatan interaktif, peserta dapat mengasah kreativiti sambil memahami potensi teknologi dalam kehidupan seharian.