AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Unboxing Kit Tiny Techies – Robotik ( Sekolah Rendah ) pada 26 Julai 2025, Sabtu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 tengah pagi.
TUJUAN
Objektif sesi Unboxing Kit Tiny Techies – Robotik adalah untuk memberikan pelajar sekolah rendah pendedahan awal kepada komponen robotik sekaligus memupuk minat mereka dalam teknologi. Pelajar akan belajar mengenali alat dan asas fungsi robot secara praktikal, memupuk kreativiti dan kemahiran asas robotik dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.
