mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR : CYBERSECURITY 101 : PERLINDUNGAN SIBER DAN ANCAMAN PENGGODAM

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Webinar : Cybersecurity 101 : Perlindungan Siber Dan Ancaman Penggodam pada 10 Mei 2025, Sabtu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

TUJUAN

Objektif webinar “Cybersecurity 101” adalah untuk memberi pelajar sekolah menengah pengetahuan asas tentang keselamatan siber dan ancaman penggodam. Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar supaya mereka dapat melindungi maklumat peribadi dan menggunakan internet dengan selamat. Pelajar juga akan belajar cara mengelak daripada menjadi mangsa serangan siber dan mengamalkan langkah keselamatan yang mudah. Dengan ini, pelajar dapat menggunakan teknologi dengan lebih bertanggungjawab.