AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Webinar NADI Cybersecurity: Dari Serangan Siber Ke Pemulihan pada 10 Julai 2025,Khamis bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Objektif webinar NADI Cybersecurity: Dari Serangan Siber ke Pemulihan adalah untuk memberikan pendedahan asas keselamatan siber, meningkatkan kesedaran tentang serangan siber, serta melatih komuniti dalam tindak balas insiden dan forensik digital bagi memperkukuh pertahanan dan pemulihan selepas serangan siber. Webinar ini direka khusus untuk memperkasakan komuniti dengan pengetahuan praktikal bagi menghadapi ancaman digital secara berkesan.
