AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Webinar Nadi X Awareness: Nadi Safe & Nadi Shield pada 13 Mei 2025, Selasa bermula pada jam 03.00 petang sehingga 05.00 petang.
TUJUAN
Objektif webinar NADI x AWARENESS adalah untuk mendidik pelajar dan lepasan sekolah mengenai keselamatan dalam talian melalui NADI Safe, yang mengajar cara bijak mengelak laman web berbahaya, serta NADI Shield, yang memberi panduan melindungi data peribadi dan aset berharga. Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran keselamatan siber demi penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.