mcmc
Laporan Aktiviti

[WEBINAR NADI x CYBERSECURITY] – KESELAMATAN AKAUN MEDIA SOSIAL

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan [WEBINAR NADI x CYBERSECURITY] – Keselamatan Akaun Media Sosial pada 24 Julai 2025, Khamis bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Objektif webinar ini adalah untuk memberikan pelajar sekolah pemahaman mendalam mengenai ancaman serangan phishing yang berpotensi mengambil alih akaun media sosial mereka. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah manipulasi yang digunakan oleh penggodam untuk memperoleh maklumat peribadi dan kata laluan secara tidak sah. Selain itu, webinar ini bertujuan untuk melatih pelajar mengenal pasti pautan palsu serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang penting demi melindungi akaun media sosial daripada pencerobohan dan penyalahgunaan.