8 Ogos 2025, Jumaat
[WEBINAR x TINY TECHIES] – Bengkel Micro : Bit
03.00 petang – 04.00 petang
NADI Tiny Techies: Bengkel Microbit ![]()
Objektif bengkel [NADI x Tiny Techies] – Bengkel Micro: Bit (Pemasangan kit Micro bit) kepada pelajar sekolah rendah adalah untuk memperkenalkan asas pengaturcaraan dan elektronik dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Melalui pemasangan kit Micro:bit, pelajar dapat mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal. Selain itu, bengkel ini bertujuan menggalakkan minat pelajar terhadap teknologi serta membina keyakinan diri dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sejak peringkat awal. Ini akan membantu mereka bersedia menghadapi cabaran masa depan secara inovatif dan berilmiah.
